Posts

Resepi bujang tauhu bergedil simple dan sedap

Image
  Resepi Tauhu Bergedil Simple Recipe - Mudah Dan Sedap Bahan-bahan yang diperlukan • 1 bungkus besar tauhu kering • 300g daging dihiris nipis • 3 biji kentang dihiris • 1/2 cawan bawang goreng • 1/2 sudu lada sulah • garam secukup rasa • daun sup dan cili padi • 1 biji tellur 1. Goreng daging tanpa minyak sehingga air daging kering.  Angkat dan tuskan. 2. Goreng kentang sehingga warna keperangan.  Angkat dan tuskan. 3. Kisar kentang goreng sehingga lumat terlebih dahulu.  Kemudian masukkan daging, bawang goreng, daun sup, cili padi, lada sulah dan garam secukup rasa. Note: Kalau korang suka inti bergedil yang halus, boleh kisar lama sikit.  Kalau nak rasa daging tu berketul2, kisar sekejap je.  Sebab tu Iday sarankan untuk kisar kentang dahulu. 4. Gunting bahagian tauhu kering di bahagian atas (bentuk + ).  Keluarkan isi tauhu kering, kalau suka boleh campur dengan bahagian kisar tadi.  Tapi Iday lagi suka asingkan dan goreng rangup. 5. Sumbatkan inti tadi ke dalam tauhu kering tadi 6

Ubat batuk terbaik

Image
Batuk disebabkan oleh berbagai sebab, termasuk infeksi virus, alergi, dan asap. Infeksi virus adalah penyebab utama batuk, kerana virus menyerang tubuh dan menyebabkan reaksi bernafas yang terkadang tidak normal, seperti batuk. Alergi dan asap juga dapat menyebabkan batuk kerana ianya menyebabkan iritasi di saluran pernapasan. Beberapa ubat juga dapat menyebabkan batuk. Jadi, ada banyak sebab mengapa seseorang itu batuk. Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan batuk: Merokok Asma Selesema/influenza Rembesan cecair ke dalam tekak ( postnatal drip syndrome ) Tekanan Penyakit paru-paru seperti  chronic obstructive pulmonary disease (COPD) Alahan Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja Jangkitan pada salur pernafasan ( bronchitis, sinusitis ) atau paru-paru ( pneumonia, tuberculosis ) Ubat yang dikenali sebagai  ACE inhibitors  yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah tinggi. Ubat batuk pula terdiri daripada pelbagai jenis dan kategori, termasuk Expe

Mengapa kadar faedah dapat membendung inflasi

 Kadar faedah ditentukan oleh bank. Oleh kerana bank mengawal aliran tunai kepada pasaran, maka kenaikan kadar faedah akan secara tidak langsung dapat memperlahankan inflasi ataupun kenaikan harga barang. Kenaikan kadar faedah menyebabkan orang awam ataupun pasaran akan mengurangkan perbelanjaan dan memilih untuk menyimpan berbanding berbelanja. Ini kerana, kadar faedah yang tinggi akan mendatangkan keuntungan apabila kita menyimpan wang di bank. Selain itu, para pengeluar atau penjual juga tidak akan menaikkan lagi harga barang ataupun kenaikan harga barang menjadi perlahan atau terkawal disebabkan pasaran kurang berbelanja atau membeli-belah. Walaubagaimanapun, bagi barang-barang keperluan atau barangan asas, kenaikan kadar faedah tidak terlalu memberi impak kepada harga barangan tersebut. Ini kerana, permintaan barang keperluan asas terutamanya makanan adalah stabil. Ini kerana manusia memerlukan barangan asas untuk kelangsungan hidup. Akan tetapi, jika pengeluar tidak mampu mengelu

Lionel Messi, Perkembangan Politik dan parodi

 Menjelang penutup akhir tahun ini, aku mula menulis kembali. Perkataan digunakan? Bahasa baku mungkin. Ini kerana, tahun depan adalah bersejarah. Mengulas mengenai piala dunia dan politik tanah air bagi tahun ini, bagi aku amat signifikan dan berkebetulan. Benarlah kata peribahasa, usaha tangga kejayaan. Messi rupanya pangkat adik kepada ku. Malah Ronaldo juga sedikit berusia berbandingnya. Tapi apa yang aku kagum, adalah kesungguhannya di dalam sukan bola sepak. Messi sukar mengalirkan air mata berbanding Ronaldo. Mungkin juga jiwa Messi lebih kental agaknya. Jujurnya Argentina bukanlah pasukan pilihan aku. Tapi tatkala melihat Brazil dan Portugal tersungkur, aku mula beralih angin, memilih Argentina. Sebenarnya Argentina dan Brazil dua dua aku minat sejak aku kecil. Cuma kerana prestasi di Eropah dilihat sedikit lebih berbanding di Amerika Latin, maka aku cenderung kepada kelab dan negara Eropah. Ya, aku lalang.  Dipendekkan, Messi berjaya mendapatkan apa yang diimpikan oleh setiap

Menu for ideal weight

Image
 

Best ke filem Once Upon A Time in Hollywood

Sutradara oleh Quentin Tarantino. Dibarisi para pelakon baru dan lama, terutamanya pelakon otai seperti Brad Pitt dan Leonardo DiCaprio. Watak pelengkap yang menambah seri lagi kepada filem ini (walau telahpun bergelar isteri) iaitu aktress dari Australia, Margot Robbie. Sebenarnya filem ini kurang mendapat sambutan. Tak percaya, boleh lah gi panggung dan lihat sendiri. Masa aku tengok, 3 kali aku tukar kerusi untuk dapat seat tengah sebab sakit leher tengok sambil teleng. Dan aku selamba tukar seat sebab aku confident takde orang lagi dah nak datang tengok, dan sangkaan aku memang benar. Duration ataupun tempoh tayangan 2 jam 45 minit, dekat 3 jam ooo. Habis je wayang, aku pon terhoyong-hayang. Darah tinggi aku ke tahap yang kritikal. Lansung aku terbaring dalam kereta dekat 2 jam, dan tiket pun aku biar caj dia berjalan sebab aku dah tak larat gile. Rasa dunia ni berpusing-pusing. Aku siap muntah, tu pun tak lega jugak sepenuhnya.Akhirnya, aku gagahkan drive balik dalam keadaan jalan

Filem perang sniper terbaik di Malaysia

Image
Sape yang penah tengok filem  Black Hawk Down,  ni lah kisah yang sebenarnya bukan macam yang diceritakan oleh US tu. Cerita mengenai keberanian anggota TD di Somalia saya ambil dari forum Panggilan Pertiwi, sebuah forum yang didedikasi hanya untuk para patriotik dan pencinta negara ni dan membincangkan mengenai isu-isu ketenteraan negara ini dan luar. Yang menceritakan kisah ni adalah seorang bekas sniper, callsign Sniper_Gunung . Pada 17/7/94 jam selepas isyak Ssjn Azman baru beli camera dari PX tentera asing lalu memanggil kami semua untuk bergambar. Selesai bergambar beliau berkata esok nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada misi sulit untuk mengambil source di RV dan terus ke airport dan selesai hantar source ke RV berlainan. Tim kami pada masa itu bertugas di bahagian U2 iaitu Unit Risik dan keselamatan UNOSOM. Selesai bergambar Sjn Zaidi ada mengajak saya untuk ikut sekali konvoi mereka kalau mahu. Saya terpaksa menolak kerana pada hari kejadian Tim sniper deploy ke